Pages

Wednesday, 22 June 2011

ujian dan dugaan

   Pada garis penentu hidup, kadang kala Allah S.W.T berikan siren amaran kasih sayang pada hambanya.Pada bentuk,rupa dan bunyinya ia mendatangkan musibah jika ia sekali renungan dan berfikir tanpa hikmah.Kadang-kadang kita menafsir ia sebagai halangan,pemutus semangat dan rintangan penerus hidup.Tapi yakinla segala yang berlaku hanyalah semata-mata kerana dengan izin dan kehendakNYA jika kita hadapi dugaan jua cabaran itu dengan berlapiskan dengan kata-kata tidak elok dan tidak senonoh ia akan datang meracuni minda dengan fikiran songsang itu namun jika kita hadapi dengan kenyataan yang berlaku itu adalah datang dari Allah S.W.T dan berserah segala-galanya dengan perantaraan amal ibadah Allah SWT.Allah SWT boleh menukar keadaan yang keruh kepada cahaya sinaran yang terang benderang seumpama kita membuka cahaya dari kegelapan hanya dengan sekali tekan suis.Namun yakinlah dugaan dan cabaran itu lumrah sebuah kehidupan.Kehidupan yang hebat dan enak hanya datang pada campuran manisan dan pahit hidup.Inila hidup pada seorang yang bergelar hamba.  

No comments:

Post a Comment