Pages

Thursday 30 June 2011

Berbudi bahasa mengambar sifat sebenar insaniah

Bekalan sayuran di dapur dah kehabisan lalu Mama Jah ke kedai  yang berhampiran .Mama Jah mengambil sayuran dan diletakkan di atas meja penjual tanpa meletakkkan di dalam plastik yang disediakan. Tiba-tiba Mama Jah dikejutkan  dengan suara yang kuat menyergah dan menunjukkan ke arah  plastik oleh seorang gadis remaja.Mama Jah terkejut dan sedih kerana dikejutkan dengan suara yang agak biadap oleh seorang gadis remaja.Mama Jah terus membalas sergahan itu dengan jelingan dan hentakkan barangan di atas meja denagn kuat' Gadis itu terkejut dengan muka bersalah. Jangan dilayan !Mama Jah terus bertanya harga dengan  nada yang kuat. Mama Jah terpaksa bertidak demikian kerana dia peniaga Melayu dan Mama Jah takut kedainya tidak dikunjungi lagi  Mama Jah dah dengar penjual di kedai ini selalu meninggikan suara  Di dalam hati Mama Jah kalau adalah ada keinginan menjadi peniaga yang berjaya  ubah sikap kalau tidak lebih baik minta kerja dengan badan tertentu saperti jadi jurulatih PKLN.Sayang suara yang lantang dan nyaring dapat digunakana sapenuhnya. Biar pengsan orang yang mendengar teriakkannya.Kedai itu mungkin Mama Jah tidak kunjungi untuk jangka waktu yang terdekat.

Wednesday 22 June 2011

ujian dan dugaan

   Pada garis penentu hidup, kadang kala Allah S.W.T berikan siren amaran kasih sayang pada hambanya.Pada bentuk,rupa dan bunyinya ia mendatangkan musibah jika ia sekali renungan dan berfikir tanpa hikmah.Kadang-kadang kita menafsir ia sebagai halangan,pemutus semangat dan rintangan penerus hidup.Tapi yakinla segala yang berlaku hanyalah semata-mata kerana dengan izin dan kehendakNYA jika kita hadapi dugaan jua cabaran itu dengan berlapiskan dengan kata-kata tidak elok dan tidak senonoh ia akan datang meracuni minda dengan fikiran songsang itu namun jika kita hadapi dengan kenyataan yang berlaku itu adalah datang dari Allah S.W.T dan berserah segala-galanya dengan perantaraan amal ibadah Allah SWT.Allah SWT boleh menukar keadaan yang keruh kepada cahaya sinaran yang terang benderang seumpama kita membuka cahaya dari kegelapan hanya dengan sekali tekan suis.Namun yakinlah dugaan dan cabaran itu lumrah sebuah kehidupan.Kehidupan yang hebat dan enak hanya datang pada campuran manisan dan pahit hidup.Inila hidup pada seorang yang bergelar hamba.  

Tuesday 14 June 2011

keikhlasan

Mama menuju ke kantin melihat anak murid berair mata. Setelah diajukan pertanyaan dengan nada sedih anak murid memberitahu dia kehilangan wang. Puas dia naik turun tangga hingga ke tingkat atas tapii duit yang tercicir  belum dijumpai. Perasaan keibuan terdetik di hati lalu mama sedekahkan RM 2.00. Semasa hendak pulang mama  terjumpa adik penjual kuih. Mama hanya hendak membeli 1 paket saja tetapi REZEKI Mama agaknya dia telah mengurangkan harga dan mama telah mendapat harga yang murah denagn membeli duit paket.Inilah rezeki Allah agaknya kerana telah menolong seorang murid yang mungkin agak kelaparan. Semasa mencari wang yang hilang juga kelihatan beberapa orang kawan-kawannya yang bersama-sama  Inilah yang dikatakan persahabatan dan keikhlasan dikalangan anak-anak yang berumur 8 tahun..Keikhlasan tidak akan merugikan sesiapapun bahkan akan mendekatkan diri pada yang maha esa.

Wednesday 8 June 2011

Persaudaraan

 hari ini kami mengadakan panggilan untuk menantu dikalangan sepupu.Alhamdulillah sambutan agak meriah dan merancakkan lagi silatulrahim. Suasana menimbulkan keadaan yang merangsangkan perhubungan persaudaraan. Hidup ini penuh dugaan dan cabaran dan sebagai insan yang bertakwa selalulah bersyukur dengan apa yang dilimpahi Allah.Sepupu yang dijemput berkahwin dengan duda anak 3.Kelihatan kesabaran diwajah ibu tiri melayan anak tiri.Semoga Allah merahmatinya..