Pages

Wednesday 3 October 2012

Komen murid zaman ini

Mengajar kanak-kanak bawah umur umur 10 tahun memang mencabar .Pelbagai cerita yang melucukan dihidangkan setiap hari dan waktu dan kadang-kadang memcabar kewibawaaan seorang guru warga emas. Sebagai guru yang mengajar tahun 2 kerja rumah hanya diberi pada hujung minggu saje.Dan untuk memastikan murid-murid membuat kerja rumah mama Jah akan memeriksa kerja rumah diawal minggu.Sedikit habuan Mama Jah berikan kepada yang tidak membuat kerja rumah. Kadang-kadang murid-murid tahun 2 ini amat malas untuk membuat kerja walaupun diberikan sedikit sahaja. Dan salah seorang anak murid Mama Jah ialah anak kawan Mama Jah. Murid ini amat liat nak membuat kerja rumah . Perkara ini mama Jah panjangkan kepada ibunnya. Pada malam hari yang sama bapa murid itu memaksa  dan menunggu sehingga murid ini berjaya menyiapkannya. Pada keesokkan hari sedang Mama Jah mengajar di dalam kelasnya dia tiba-tiba dia bersuara dengan  lantang "Teacher, seronok le semalan teacher dapat tidur lena saya terpaksa bersengkang mata menyiapkan homework teacher."Terkejut beruk Mama Jah mendengar komen murid zaman ini. Itulah salah satu cabaran yang dihadapi guru-guru zaman 2020.Mendidik terpaksa Mama Jah teruskan kerana itulah kerjaya yang Mama Jah pilih semenjak zaman remaja lagi.
 

Friday 14 September 2012

nak tolong masak

minggu lepas kawan mama tumpangkan anaknya yang berumur lima tahun.Kanak-kanak itu agak coleteh dan banyak soalan yang sikecil itu bertanya. Antara yang agak melucukan ialah semasa mama memasak  dia menawarkan diri untuk tolong memasak. Mama agak terkejut kerana budak lima tahun nak tolong memasak. Mama pun  apa lagi terus bertanya dia pernah menolong ibunya. Dia terus menjawab bila dia menawarkan diri untuk menolong ibu,ibunya hanya menjawab ZAKUAN TOLONG MAKAN SAJE YE DAN SENYAP!!!.

Friday 3 February 2012

keikhlasan hati seorang murid

Mengajar di sekolah memerlukan kesabaran yang tinggi terutama mengajar murid-murid yang lemah. Semasa mengajar bahasa Inggeris berdasarkan KSSR , guru telah menunjukkan sebutan yang betul untuk setaip perkataan.Untuk menyebut sesuatu huruf guru kadang-kadang guru akan membuka mulut. Tiba-tiba seorang murid yang jujur telah menunjukkan gigi guru dan  terus berkata gigi gurunya tiada saperti giginya dan terus menunjukkan giginya. Guru hanya selamba mendengarnya dan terus mengajar. Tetapi di dalam hati bagai nak pecah perut mendengar teguran lucu seorang murid yang jujur.Ini merupakan salah satu rencah hidup seorang guru dan  berharap dapat menaikkan semangat untuk berbakti kepada insan sejagat terutama murid-murid yang lemah.