Pages

Wednesday, 3 October 2012

Komen murid zaman ini

Mengajar kanak-kanak bawah umur umur 10 tahun memang mencabar .Pelbagai cerita yang melucukan dihidangkan setiap hari dan waktu dan kadang-kadang memcabar kewibawaaan seorang guru warga emas. Sebagai guru yang mengajar tahun 2 kerja rumah hanya diberi pada hujung minggu saje.Dan untuk memastikan murid-murid membuat kerja rumah mama Jah akan memeriksa kerja rumah diawal minggu.Sedikit habuan Mama Jah berikan kepada yang tidak membuat kerja rumah. Kadang-kadang murid-murid tahun 2 ini amat malas untuk membuat kerja walaupun diberikan sedikit sahaja. Dan salah seorang anak murid Mama Jah ialah anak kawan Mama Jah. Murid ini amat liat nak membuat kerja rumah . Perkara ini mama Jah panjangkan kepada ibunnya. Pada malam hari yang sama bapa murid itu memaksa  dan menunggu sehingga murid ini berjaya menyiapkannya. Pada keesokkan hari sedang Mama Jah mengajar di dalam kelasnya dia tiba-tiba dia bersuara dengan  lantang "Teacher, seronok le semalan teacher dapat tidur lena saya terpaksa bersengkang mata menyiapkan homework teacher."Terkejut beruk Mama Jah mendengar komen murid zaman ini. Itulah salah satu cabaran yang dihadapi guru-guru zaman 2020.Mendidik terpaksa Mama Jah teruskan kerana itulah kerjaya yang Mama Jah pilih semenjak zaman remaja lagi.
 

1 comment:

  1. blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete