Alhamdulillah Syawal dpt dsambut lgi.Kemeriahan syawal begitu terasa bila cucu pertama berada d depan mata.Dan Syawal k 2 , begitu mengusik kalbu bila anak lelaki ke dua menjadi suami kepada Nabila Mursyida.Bertambah meriah keluarga Mama Jah. Syukur, syukur ke hadrat Illahi bertambah ahli keluarga dan insya Allah berpanjangan kebahgian kurniaan Illahi.
Monday 3 August 2015
Cikgu Baik Sokmo
Mengajar murid Linus kadang2 menghibur.Mama anggap murid2 sbgai cucu walaupun cucu mama baru berusia lapan bulan.Salah seorangnya yang tk pandai membaca tapi selalu berusaha. Dia bertanya kenapa mama baik sokmo.Rasa nk menitis air mata.Hanya Allah yang tahu i s i hati mama.Mama minta diberikan kekuatan untuk meneruskan perhidmatan yang murni ini.
Friday 8 August 2014
Puasa
Mama masih mengajar yr 2 n masih alami perkara lucu semasa bulan puasa. Antaranya soalan yang lucu saperti bolehkah berkentut dan menelan air liur?Semua kena dilayan sebagai tanggung jawab sebagai seorang guru merangkap ibu di sekolah
Wednesday 22 May 2013
Kecantikkan hanya sementara
Kecantikkan adalah anugerah Allah maha besar. Manusia selalu mengimpikan sesuatu di luar pemikiran dan dan berusaha ke arah sesuatu yang tidak pasti. Manusia ingin kekal dan menawan walaupun usia semakin senja. Mama Jah pernah menyaksikan bagiamana barangan pemakanan yang dikaitkan dengan kecantikan begitu laris sekali. Sedangkan di tepi terdapat kanak-kanak yang meminta sedekah tetapi tidak dihiraukan. Kecantikan diri seolah digambarkan sesuatu yang begitu tinggi nilainya. Mama Jah selalu berpesan pada diri hidup hanya sementara dan akhirat kekal abadi. Wassalam
Thursday 18 April 2013
MUDA OH MUDA
Keinginan untuk menjadi muda begitu ketara sekali di kalangan wanita terutama yang berumur. Dimana-mana mama pergi dan juga melalui media sebaran am rumput laut begitu popular Rumput laut begitu senang diperolehi dan mula mendapat pasaran di Semenanjung. Mama rasa disetiap daerah dah tentu ada wakil-wakil penjual rumput laut. Di tempat keja Mama juga penjualan rumput laut begitu aktif. Mama terkejut melihat rakan sekerja begitu teruja membeli barangan tersebut saperti " Goreng Panas" .Penjualan hanya mengambil masa yang singkat. Waduh.... waduh nampaknya semua takut tua luaran.Hanya mama ingatkan diri mama hiasi diri ini dengan ketakwaan. Mudakan diri dengan air sembahyang , selawat dan keikhlasan dari hati yang luhur.
Monday 18 March 2013
murid yang malang
Melihat murid dalam kesedihan dan kelaparan menjadi kerisauan kepada seoarang pendidik. Mama bertanya kepada seorang murid yang kelihatan begitu gelisah semasa mama menjalankan tugas.. Satelah disoal selidik rupa-rupanya murid itu tidak minum atau makan dirumah. Kesian ,mujurlah mama membawa sedikit bekalan dan diberikan kepada murid tersebut. Satelah makan dan minum sedikit air milo yang diminta daripada rakannya, kecerian mula bermain di wajahnya. Apa yang mama kesal ialah ibunya bukanlah seorang yang berkerjaya, hanya seorang surirumah. Alangkah baiknya si ibu bangun awal sedikit dan menyediakan bekalan untuk anak menghadapi pelajaran di sekoalah. Mama mengingati diri mama anak merupakan amanat Ilahi dan harus dijaga dan dididik dengan sempurna . INSYAALLAH HIDUP DIRAHMATI OLEH YANG MAHA ESA
Subscribe to:
Posts (Atom)