Pages

Thursday, 18 April 2013

MUDA OH MUDA


Keinginan untuk menjadi muda begitu ketara sekali di kalangan wanita terutama yang berumur. Dimana-mana mama pergi dan juga melalui media sebaran am rumput laut begitu popular Rumput laut begitu senang diperolehi dan mula mendapat pasaran di Semenanjung. Mama rasa disetiap daerah dah tentu ada wakil-wakil penjual rumput laut. Di tempat keja Mama juga penjualan rumput laut begitu aktif. Mama terkejut melihat rakan sekerja begitu teruja membeli barangan tersebut saperti " Goreng Panas" .Penjualan hanya mengambil masa yang singkat. Waduh.... waduh nampaknya semua takut tua luaran.Hanya mama ingatkan diri mama hiasi diri ini dengan ketakwaan. Mudakan diri dengan air sembahyang , selawat dan keikhlasan dari hati yang luhur.