Pages

Wednesday 22 May 2013

Kecantikkan hanya sementara

Kecantikkan adalah anugerah Allah maha besar. Manusia selalu mengimpikan sesuatu di luar pemikiran dan   dan berusaha ke arah sesuatu yang tidak pasti. Manusia ingin kekal dan menawan walaupun usia semakin senja. Mama Jah pernah menyaksikan bagiamana barangan pemakanan yang dikaitkan dengan kecantikan begitu laris sekali. Sedangkan di tepi terdapat kanak-kanak yang meminta sedekah tetapi tidak dihiraukan. Kecantikan diri seolah digambarkan sesuatu yang begitu tinggi nilainya. Mama Jah selalu berpesan pada diri hidup hanya sementara dan  akhirat  kekal abadi. Wassalam

Thursday 18 April 2013

MUDA OH MUDA


Keinginan untuk menjadi muda begitu ketara sekali di kalangan wanita terutama yang berumur. Dimana-mana mama pergi dan juga melalui media sebaran am rumput laut begitu popular Rumput laut begitu senang diperolehi dan mula mendapat pasaran di Semenanjung. Mama rasa disetiap daerah dah tentu ada wakil-wakil penjual rumput laut. Di tempat keja Mama juga penjualan rumput laut begitu aktif. Mama terkejut melihat rakan sekerja begitu teruja membeli barangan tersebut saperti " Goreng Panas" .Penjualan hanya mengambil masa yang singkat. Waduh.... waduh nampaknya semua takut tua luaran.Hanya mama ingatkan diri mama hiasi diri ini dengan ketakwaan. Mudakan diri dengan air sembahyang , selawat dan keikhlasan dari hati yang luhur.

Monday 18 March 2013

murid yang malang

Melihat murid dalam kesedihan dan kelaparan menjadi kerisauan kepada seoarang pendidik. Mama bertanya kepada seorang murid yang kelihatan begitu gelisah semasa mama menjalankan tugas.. Satelah disoal selidik rupa-rupanya murid itu  tidak minum atau makan dirumah. Kesian ,mujurlah mama membawa sedikit bekalan dan diberikan kepada murid tersebut. Satelah makan dan minum sedikit air milo yang diminta daripada rakannya, kecerian mula bermain di wajahnya. Apa yang mama kesal ialah ibunya bukanlah seorang yang berkerjaya, hanya seorang surirumah. Alangkah baiknya si ibu bangun awal sedikit dan menyediakan bekalan untuk anak menghadapi pelajaran di sekoalah. Mama mengingati diri mama anak merupakan amanat Ilahi dan harus dijaga dan dididik  dengan sempurna . INSYAALLAH HIDUP DIRAHMATI OLEH YANG MAHA ESA