Pages

Saturday 23 July 2011

Mencarinya.....Adakah Aku Menjumpainya dan Aku DijumpainNYA

    Sedang kita masih diberi kesempatan untuk hidup dan kesempatan mengecapi nikmat yang tidak terhitung ini sedar atau tidak kita masih lagi bergelar insan yakni makhluk yang lemah dan pelupa yang gelaran ini tidak akan terluput sampai bila-bila .Bukanlah juga untuk mendabik dada tapi ia menjadi realiti hidup iaitu kita sering melakukan khilaf kepada Allah,manusia dan alam. Ini kerana kita bukanlah insan istimewa sebagaimana insan yang menjadi utusan ALLAH SWT iaitu para nabi-nabi alaihissalam yang Allah SWT peliharanya untuk melakukan dosa. Kadang-kadang Allah SWT memberi kesedaran setelah apa yang kita lakukan tapi ada juga segelintir masih alpa,lalai dan lupa untuk berasa bersalah dan menyesal. Apabila kita sedar kesilapan kita itu memerlukan taubat dari Allah SWT kita segera tawajuh,tawaduk dan merintih untuk merayu kepada Allah SWT supaya ampunkan dosa dan meminta Allah SWT menyelesaikan masalah jika sekiranya kita mencariNYA ketika kita ditimpa masalah. Dan inilah cara yang terbaik dan cara yang paling Allah SWT suka iaitu segera bertaubat serta takut akan dosa yang dilakukan dan tak ingin mengulanginya.
   Namun sedar atau tidak ketika kita mencariNYA kita masih dipelopori dosa yang lama yang masih lagi tidak terampun kerana sedar atau tidak adakah dosa kita Allah SWT ampuni? ataupun kita mencariNYA pada situasi dan keadaan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh ada seorang raja yang zalim dan punyai pelbagai perangai yang cukup buruk dan oleh kerana sifatnya ini, menyebabkan ia dikenali dan ditakuti oleh rakyatnya. Dipendekan cerita oleh kerana hidayah yang Allah SWT kurniakan padanya ia menyesal dan ingin bertaubat. Aktiviti harianNYA hanyalah melakukan ibadah. Bersolah,berzikir,membaca al-Quran dan sebagainya. Apabila masuk waktu solah ia memakai pakaian solah dan menghampar tikar sejadah yang masing-masing di perbuat dari sutera,berzikirnya ia di atas katil yang empuk sambil berbaring sambil dihidang makanan lazat,membaca al-Quran yang tulisannya diperbuat daripada tinta emas. Segala sifat dan perangainya yang dahulu segera ingin ditinggalkannya. Wanita-wanita yang sering dijadikan sebagai santapan nafsunya dibuangnya kerana inilah tabiatnya yang paling sukar ditinggalkannya. Hari-harinya dihabiskan dengan beribadah caranya. Dan pada satu ketika sedang ia melakukan ibadahnya dalam penuh ketaatan dan merasakan penciptanya mendengar segala rintihannya ia terdengar sesuatu berlaku di atas atap dan ia segera bertanyakan siapa dan apa yang di inginkan. Makhluk yang berada di atas itu menjawab aku adalah pencuri dan mencari binatang untuk dicuri .Raja itu bertanyakan binatang apa yang dicarinya di atas atap,ia menjawab UNTA,lantas raja itu tertawa dan mengatakan pencuri itu pendek akal dan tidak akan menjumpai apa yang dicarinya. Kerana pada logik akalnya ia fikir tidak akan berlaku unta berada diatas atap. Dan pencuri itu juga memberitahu namanya. Ketika itu barulah raja itu teringatakan seorang pencuri yang masyur dan telah ditangkap sebelum ini dan ia pernah bersumpah untuk tidak akan lagi mencuri barang-barang. Raja itu bertanya kenapa masih lagi mencuri sedangkan ia pernah bersumpah untuk tidak mencuri lagi. Ia menjawab dulu aku bersumpah dan berjanji tidak akan mencuri lagi kerana takutkan hukuman pancung sekiranya aku mengaku bersalah dan aku juga dijanjikan kehidupan yang selesa walaupun aku dipenjarakan kelak tetapi sekarang aku sudah terlepas dari hukuman itu dan juga apabila aku dipenjarakan aku ditipu dengan janji-janji yang ditawarkan dan juga aku juga akan dibakar keesokan harinya, jadi apabila aku mengetahui perkara itu aku bertindak dan berusaha melepaskan diri. Untuk aku meneruskan hidup aku perlu mencuri semula kerana ini adalah kebiasaan aku, selepas itu pencuri itu terus beredar. Raja itu sedar tawaran yang diberikan hanyalah bertindak sebagai pemujuk kerana pada anggapannya pencuri itu tetap dihukum walaupun bukan dengan pemancungan. Sekali lagi raja itu terdengar lagi bunyian di atas atapnya dan ia segera bertanyakan adakah pencuri itu menjumpai unta yang ingin dicarinya itu?kerana ia beranggapan itu ialah pencuri tadi lantas satu suara menjawab mustahil untuk ia mencari unta pada tempat dan keadaan ini dan suara itu juga berkata mustahil juga pada diri kau wahai raja untuk kau menjumpaiNYa sekiranya kau mencariNYA dalam keadaan sedemikian itu. Raja itu tergamam dan segera berfikir adakah segala yang aku kerjakan kini dalam usaha aku  mencariNYA dan menjumpaiNYA?
   Dari kisah tersebut si pencuri itu hanyalah berjanji kerana takutkan sesuatu dan ketika ia ingin dihukum didepan matanya terpandang pisau yang tajam dan si pemancung yang bertubuh sasa. Ketakutannnya terus muncul dan ia segera berjanji untuk mengaku dan tidak melakukan lagi.Ia juga dijanjikan akan bakal memperoleh kehidupan yang selesa setelah ia mengaku bersalah. Tetapi pengakuannya,perjanjiannya dan apa yang di suruh ia patuhi tidak mendapat apa yang ditawarkan ia pasrah  dan meneruskan kembali aktivitinya yang lama kerana itu kebiasaannya. Untuk diri ini juga sekiranya kita lakukan hanyalah kerana kita takut,rungsing dan risau selain daripada  kepada Allah SWT seumpama risau pada kehidupan di dunia ia merupakan kesalahan dan apa yang kita lakukan itu tidak berkekalan dan kita bakal akan mengulanginya. Juga sekiranya apa yang kita buat hanyalah mengharapkan sesuatu untuk kepentingan diri daripada Allah SWT kita akan terus ternanti,berharap pada yang belum pasti dan sekiranya kita memperolehnya syukurlah perkara yang diutamakan.Lakukanlah hanya untuk Allah SWT. Kita taat,patuh tapi masih belum mendapat ganjaran daripadaNYA yakinlah ia mempunyai hikmah. Sekiranya juga kita berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan kita tetapi masih lagi berhajat untuk melakukannya kelak dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk meninggalkan kebiasaan kita itu ia akan tetap kembali pada kita.Paling ditakuti apabila terpapar muka malakul maut yang datang pada kita dalam keadaan menakutkan dan berwajah bengis kita barulah mula mencariNYA. Malah ia telah terlambat.
   Pada kehidupan raja pula yang dahulunya seorang yang sentiasa melakukan dosa namun dengan izin Allah SWT dan kerana qada dan qadar Allah SWT,Allah SWT mengubah kehidupan yang gelap gelita kepada nur iman dalam dirinya. Ia bertekad untuk berubah dan memulai untuk mencari yang satu. Pada ruang dan kesempatan yang ia ada untuk berubah,bertaubat,merayu dan merintih ia lupa untuk mencariNYA pada keadaan dan situasi yang sebenarnya dan sebetolnya ia patut lakukan .Dalam pada ia beribadah dan bertaubat tetapi masih lagi ada sekelumit atau selautan dosa dilakukan dalam ia sedar atau tidak kerana ia tahu pada ajaranNYA tetapi tidak mengetahui cukup pada ilmu dan amalnya. Mungkin juga pada ilmunya hanya sejemput tetapi merasakan diri pada tahap yang cukup membuatkan Allah SWT suka dan ampunkannya. Ia percaya ia patuh,taat dan yakin pada Allah SWT tetapi ia tidak takut sepenuhnya pada janji-janji Allah SWT. Pada yang murka janjinya pada azab yang pedih dan pada yang betul-betul taat padaNYA janji Allah SWT yang bahagia menantinya.
   Pada diri kita carilah ia pada kehendak yang Allah SWT inginkan sebenarnya dan semoga Allah SWT memilih kita tergolong dalam golongan itu.

jasamu dikenang

Gembira rasanya Mama Jah bila anak-anak pulang ke rumah menanti pengajian bermula September nanti. Eh wah....eh wah gembira tak terkira loni.Enam orang anak bersama membisingkan lagi suasana yang penuh dengan kemeriahan sokmo.Minggu lepas Mama Jah pulang ke kampung dan malamnya ke luar untuk menikmati nasi kerabu di bandar ini.Tentulah kami terasa teruja dapat bersama-sama seperti ini memandangkan cuti semester anak-anak Mama Jah tidak sama.Anak kedua ditugaskan memandu kereta. Tiba di lampu isyarat oh....tiba-tiba kereta Mama Jah tidak dapat dihidupkan.Muka anak-anak Mama Jah mula mencuka.Mama sendiri tidak berani mengeluarkan sepatah pun perkataan disebabkan kereta buat masalah di lampu isyarat. Kereta-kereta di belakang mula membunyikan hon masing-masing dan kami terpaksa menunjukkan isyarat supaya meneruskan perjalanan masing-masing.Tapi dalam keadaaan panik dan bengang sebuah kereta kancil tiba-tiba berhenti. Mereka bertanya khabar dan bersama-sama menolak kereta ke tepi. Mereka kemudiannya beredar.Kemudian kami anak beranak menolak ke stesen minyak yang berhampiran.Memandangkan kejadian itu waktu malam tiada seorang pun  mekanik yang sanggup datang menolong.Tapi Allah Maha Kuasa. Dua orang pemuda itu datang balik dan cuba menghidupkan enjin tetapi tidak berjaya. Rupanya kelengkapan tidak mencukupi dan pemuda itu sanggup pulang ke rumahnya untuk mengambil lagi peralatan membaiki kereta. Alhamdulillah kereta dapat dihidupkan dan pemuda irtu berpesan supaya mekanik lain terpaksa dipanggil pada keesokkan hari untuk menentukan kerosakkan yang sebenarnya. Suami Mama Jah ingin membayar perhidmatannya tetapi ditolak dan hanya menolong penuh keikhlasan. Suami Mama menjemput mereka untuk membelanja makan malam tapi juga ditolak. Akhirnya kami hanya mampu mengucapkan ribuan kasih dari lubuk hati kami sekeluarga dan berharap apapun perkerjaan yang dilakukan oleh dua orang pemuda itu akan dimurahkan rezeki.Wajah wajah anak-anak mula menunjukkan kesyukuran. Syukur kepada Allah yang Maha Pemurah dan amat sayang akan hambanya..Mama Jah ingin sarankan terutama kepada anak-anak supaya semaikanlah sikap kedua-dua anak muda tersebut dalam hidup dan ingatlah  rezeki Allah ada dimana-mana kepada sesiapa yang membuat kebaikan dengan penuh keikhlasan  . Rezeki tidak datang bergolek tetapi ia akan tetap wujud bersama insan-insan  yang punyai hati yang baik dan akan menjelma dalam pelbagai bentuk seperti dimudahkan segala pekerjaan. Eh..eh.. Mama Jah bercakap saperti bakal uztazah  ye...Rasa-rasanya ingin Mama Jah jadikan menantu salah seorang daripadanya.

Monday 4 July 2011

Segalanya milik Allah

   Percaya atau tidak segala aturan kehidupan kita semuanya bergantung kepada kehendak Allah SWT.Tutur bicara,pandangan zahir,langkah perjalanan,tiupan bicara,sentuhan keberkatan dan segala-galanya hanya dengan izin dan kehendak Allah SWT .Segala yang Allah SWT sediakan dan berikan kepada kita semuanya hasil kerahiman dan kasih sayang Allah SWT kepada hambanya.Kita adalah HAMBA ABDI kepada Allah SWT.Adakah layak kita bermegah dengan kurniaan Allah SWT yang hanya sekelumit pada hambanya.Atas usaha apa?atas tindakan apa yang melayakan kita menerima kurniaanNYA.Pada hakikatnya Allah SWT boleh memberikan segala yang kita inginkan dalam sekelip mata dan bahkan Allah SWT boleh lenyapkan dalam sekelipan mata.Kurniaan rezeki yang Allah SWT berikan hanyalah untuk kita saling meraih keberkatan pada rezeki dan bukan kesombongan pada rezeki.Rezeki kita milik Allah SWT.Dengan izinNYA rezeki itu milik kita tapi tanpa izinNYA rezeki itu boleh menjadi milik makhluk lain.Sebagai perkongsian ilmu,Rezeki kita hanyalah kita akan dapat apabila makanan yang kita peroleh telah ditelan,pemakaian pada pakaian kita sehingga ia lusuh dan itulah dinamakan rezeki.Sebagai hambaNYA kita hanyalah layak bersyukur tidak kira ianya pemberian yang banyak serta berganda ataupun sedikit yang bersederhana.Kita hanyalah layak pamerkan senyuman dan bersyukur kepada Allah SWT supaya Allah SWT tambahkan nikmat yang telah kita digapai atau ada atau nikmat yang ingin dicapai dan juga supaya dengan kerahimanNYA sekiranya dalam kemahuanNYA untuk menguji hambaNYA Allah SWT kurangkan rezeki itu dalam berhikmat.
Harapan:YA ALLAH semoga apa yang aku nyatakan ini akulah orang pertama sekali boleh mengamalkannya.Semoga Allah SWT memilihku dan orang seangkatan sebagai hambaNYA.