Pages

Saturday 23 July 2011

jasamu dikenang

Gembira rasanya Mama Jah bila anak-anak pulang ke rumah menanti pengajian bermula September nanti. Eh wah....eh wah gembira tak terkira loni.Enam orang anak bersama membisingkan lagi suasana yang penuh dengan kemeriahan sokmo.Minggu lepas Mama Jah pulang ke kampung dan malamnya ke luar untuk menikmati nasi kerabu di bandar ini.Tentulah kami terasa teruja dapat bersama-sama seperti ini memandangkan cuti semester anak-anak Mama Jah tidak sama.Anak kedua ditugaskan memandu kereta. Tiba di lampu isyarat oh....tiba-tiba kereta Mama Jah tidak dapat dihidupkan.Muka anak-anak Mama Jah mula mencuka.Mama sendiri tidak berani mengeluarkan sepatah pun perkataan disebabkan kereta buat masalah di lampu isyarat. Kereta-kereta di belakang mula membunyikan hon masing-masing dan kami terpaksa menunjukkan isyarat supaya meneruskan perjalanan masing-masing.Tapi dalam keadaaan panik dan bengang sebuah kereta kancil tiba-tiba berhenti. Mereka bertanya khabar dan bersama-sama menolak kereta ke tepi. Mereka kemudiannya beredar.Kemudian kami anak beranak menolak ke stesen minyak yang berhampiran.Memandangkan kejadian itu waktu malam tiada seorang pun  mekanik yang sanggup datang menolong.Tapi Allah Maha Kuasa. Dua orang pemuda itu datang balik dan cuba menghidupkan enjin tetapi tidak berjaya. Rupanya kelengkapan tidak mencukupi dan pemuda itu sanggup pulang ke rumahnya untuk mengambil lagi peralatan membaiki kereta. Alhamdulillah kereta dapat dihidupkan dan pemuda irtu berpesan supaya mekanik lain terpaksa dipanggil pada keesokkan hari untuk menentukan kerosakkan yang sebenarnya. Suami Mama Jah ingin membayar perhidmatannya tetapi ditolak dan hanya menolong penuh keikhlasan. Suami Mama menjemput mereka untuk membelanja makan malam tapi juga ditolak. Akhirnya kami hanya mampu mengucapkan ribuan kasih dari lubuk hati kami sekeluarga dan berharap apapun perkerjaan yang dilakukan oleh dua orang pemuda itu akan dimurahkan rezeki.Wajah wajah anak-anak mula menunjukkan kesyukuran. Syukur kepada Allah yang Maha Pemurah dan amat sayang akan hambanya..Mama Jah ingin sarankan terutama kepada anak-anak supaya semaikanlah sikap kedua-dua anak muda tersebut dalam hidup dan ingatlah  rezeki Allah ada dimana-mana kepada sesiapa yang membuat kebaikan dengan penuh keikhlasan  . Rezeki tidak datang bergolek tetapi ia akan tetap wujud bersama insan-insan  yang punyai hati yang baik dan akan menjelma dalam pelbagai bentuk seperti dimudahkan segala pekerjaan. Eh..eh.. Mama Jah bercakap saperti bakal uztazah  ye...Rasa-rasanya ingin Mama Jah jadikan menantu salah seorang daripadanya.

No comments:

Post a Comment