Pages

Thursday 30 June 2011

Berbudi bahasa mengambar sifat sebenar insaniah

Bekalan sayuran di dapur dah kehabisan lalu Mama Jah ke kedai  yang berhampiran .Mama Jah mengambil sayuran dan diletakkan di atas meja penjual tanpa meletakkkan di dalam plastik yang disediakan. Tiba-tiba Mama Jah dikejutkan  dengan suara yang kuat menyergah dan menunjukkan ke arah  plastik oleh seorang gadis remaja.Mama Jah terkejut dan sedih kerana dikejutkan dengan suara yang agak biadap oleh seorang gadis remaja.Mama Jah terus membalas sergahan itu dengan jelingan dan hentakkan barangan di atas meja denagn kuat' Gadis itu terkejut dengan muka bersalah. Jangan dilayan !Mama Jah terus bertanya harga dengan  nada yang kuat. Mama Jah terpaksa bertidak demikian kerana dia peniaga Melayu dan Mama Jah takut kedainya tidak dikunjungi lagi  Mama Jah dah dengar penjual di kedai ini selalu meninggikan suara  Di dalam hati Mama Jah kalau adalah ada keinginan menjadi peniaga yang berjaya  ubah sikap kalau tidak lebih baik minta kerja dengan badan tertentu saperti jadi jurulatih PKLN.Sayang suara yang lantang dan nyaring dapat digunakana sapenuhnya. Biar pengsan orang yang mendengar teriakkannya.Kedai itu mungkin Mama Jah tidak kunjungi untuk jangka waktu yang terdekat.

No comments:

Post a Comment