Pages

Tuesday 14 June 2011

keikhlasan

Mama menuju ke kantin melihat anak murid berair mata. Setelah diajukan pertanyaan dengan nada sedih anak murid memberitahu dia kehilangan wang. Puas dia naik turun tangga hingga ke tingkat atas tapii duit yang tercicir  belum dijumpai. Perasaan keibuan terdetik di hati lalu mama sedekahkan RM 2.00. Semasa hendak pulang mama  terjumpa adik penjual kuih. Mama hanya hendak membeli 1 paket saja tetapi REZEKI Mama agaknya dia telah mengurangkan harga dan mama telah mendapat harga yang murah denagn membeli duit paket.Inilah rezeki Allah agaknya kerana telah menolong seorang murid yang mungkin agak kelaparan. Semasa mencari wang yang hilang juga kelihatan beberapa orang kawan-kawannya yang bersama-sama  Inilah yang dikatakan persahabatan dan keikhlasan dikalangan anak-anak yang berumur 8 tahun..Keikhlasan tidak akan merugikan sesiapapun bahkan akan mendekatkan diri pada yang maha esa.

No comments:

Post a Comment