Pages

Wednesday, 3 August 2011

Ramadan oh Ramadan

Ramadan menjelang lagi menyapa umat Nabi Muhammad S.A.W yang menunaikan rukun Islam yang kelima.Mama Jah mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana berkesempatan menyambut Ramadan ini bersama-sama keenam-enam anak memandangkan pengajian di universiti bermula bulan September nanti.Riuh rendah anak-anak semasa berbuka puasa.. Manakala anak-anak murid Mama Jah menceritan kegembiraan menyambut puasa. Semasa Mama Jah mengajar ada anak murid yang tertidur mugkin kepenatan berpuasa dan Mama Jah tidak akan cuba mengejutkan tanda mengerti.Jangan guru yang tertidur di dalam kelas sudahlah. Ada yang bertanya jika menelan air liur adakah batal puasa. Ada juga seorang murid darjah empat berbuka puasa kononnya kerana tersalah menelan air liur.Itulah akibat tidak bertanya. Ada Mama Jah terdengar murid darjah satu bertanya azan Zuhur nanti boleh berbuka puasa ke?Sebabnya ada guru kelasnya telah memberitahu puasa boleh dibuka hanya setelah mendengar azan.Tidak kiralah azan yang mana asalkan bunyi azan itulah tandanya masa untuk berbuka puasa.Sempena bulan yang mulia ini sama-sama  kita menghayati bulan mulia ini dengan melakukan amalan-amalan sunat dan memperbanyakanlah bersedekah.Hanya Allah saja yang mengetahui apa yang tersirat di dalam sanubari hambanya.

No comments:

Post a Comment